Rawatan Ruqyah
Ikhtiar perubatan Islamik berlandaskan Al-Quran dan Sunnah bersama Qari' Ulul Azmi. Sesuai untuk merawat gangguan mistik (sihir/jin) atau bagi mencari ketenangan jiwa dan minda.

Kehidupan kita kadang-kala diuji dengan pelbagai cabaran, sama ada dari sudut kesihatan fizikal, spiritual, mahupun tekanan emosi yang menjejaskan ketenangan diri. Rawatan Ruqyah Syar'iyyah adalah ikhtiar penyembuhan Islamik yang selamat, meyakinkan, dan berlandaskan ayat-ayat suci Al-Quran serta doa-doa dari Sunnah Rasulullah SAW.
Sesi rawatan ini dikendalikan secara profesional dan tertutup oleh Qari' Ulul Azmi Al-Pandani bagi membantu anda kembali menemui keseimbangan rohani.
Rawatan ini amat digalakkan untuk mereka yang mengalami:
- Tanda-tanda gangguan mistik (seperti gangguan jin atau saka).
- Kesan sihir atau masalah rohani yang tidak dapat dijelaskan secara perubatan moden.
- Keresahan yang berpanjangan, kemurungan, emosi tidak stabil, atau sekadar mencari ketenangan diri.
Apa yang termasuk dalam sesi ini ($250):
- Durasi Rawatan: Sesi komprehensif selama 1 hingga 2 jam.
- Sesi Konsultasi: Luahan masalah dan sesi diagnosis awal.
- Bacaan Ruqyah Syar'iyyah: Alunan bacaan ayat-ayat suci secara bersemuka.
- Nasihat Ringkas: Panduan, amalan zikir, dan cara pendinding diri untuk diamalkan di rumah.
- Air Ruqyah: Dibekalkan bersama air penawar (Air Ruqyah) untuk ikhtiar penyembuhan berterusan.
Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Mari berikhtiar dengan jalan yang diredhai Allah SWT. Tempah slot anda sekarang untuk sesi konsultasi dan rawatan.
Butiran Tempahan
Maklumat Harga
$250
Sila rujuk poster untuk butiran pakej lengkap.
Kongsikan:
Cadangan Untuk Anda
Teroka Perkhidmatan Lain

Kursus Umrah
Persiapkan diri anda sebagai tetamu Allah (Dhuyufurrahman) dengan bimbingan peribadi Kursus Umrah bersama Qari' Ulul Azmi. Merangkumi teori, amali, dan tips persediaan ke Tanah Suci.


